Saturday, December 6, 2008

Soalan Lazim FAQ

1) Adakah produk Takafulink mematuhi Syariah?

Ya, produk Takafulink adalah mematuhi undang-undang syariah yang telah di tetap dan di luluskan oleh Bank Negara Malaysia. PruBSN juga mempunyai Majlis Pengawasan Syariah sendiri bagi memastikan perjalanan syarikat dan produk-produk yang di keluarkan mematuhi syariah.

2) Berapakah sumbangan minima bagi akaun Takafulink?

Sumbangan minima bagi akaun dewasa adalah RM100 sebulan manakala untuk akaun pendidikan (Takafulink Cerdik) boleh bermula dengan serendah RM50 sebulan. Namun begitu, Sumbangan bagi setiap individu adalah berbeza mengikut faktor-faktor berikut :
• Jumlah manfaat yang di ambil
• Umur
• Jantina
• Pekerjaan
• Merokok / Tidak Merokok
Selain itu anda juga di nasihatkan supaya membuat sumbangan mengikut keperluan dan kemampuan.

3) Bagaimanakah Cara Pembayaran Sumbangan Takafulink?

Pembayaran sumbangan Takaful boleh di lakukan melalui kaedah berikut :
1. Kad Kredit
2. Potongan terus dari akaun bank (Autodebit/Direct debit). Buat masa ini, autodebit boleh di lakukan melalui akaun :
o Maybank
o CIMB Bank
o RHB Bank
o Bank Simpanan Nasional
3. Potongan Gaji melalui Biro Ankasa (Kakitangan Kerajaan)
4. Melalui internet – Maybank2u
5. Pembayaran terus di kaunter-kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional
6. Pembayaran di kaunter Prudential BSN Takaful secara tunai atau menggunakan cek

4) Bilakah Peserta boleh mengeluarkan Nilai Tunai dari akaun?

Nilai tunai boleh di keluarkan pada bila-bila masa untuk apa sahaja tujuan apabila jumlah nilai tunai melebihi RM4,000. Contohnya, apabila nilai tunai pada suatu masa berjumlah RM10,000 , peserta boleh mengeluarkan tunai sebanyak maksima RM6,000.

5) Apakah kegunaan Kad Perubatan Takaful?

Kad perubatan takaful boleh di gunakan bagi membiayai kos rawatan hospital yang besar tanpa perlu membuat tuntutan (Cashless).

6) Adakah Kad Perubatan boleh di gunakan di mana-mana Hospital?

Kad Perubatan PruBSN Takaful hanya boleh di gunakan di Hospital-hospital yang menjadi panel. Untuk hospital yang bukan panel atau hospital kerajaan, peserta perlu menyelesaikan bil terlebih dahulu dan membuat kemudian tuntutan secara manual (di uruskan oleh ejen)

0 comments:

Newer Post Older Post Home