Showing posts with label prubsn. Show all posts
Showing posts with label prubsn. Show all posts

Thursday, February 12, 2009

Penyakit Yang Tidak Bermata

Assalamualaikum... dah lama tak update... sebenarnya tak tau nak update ape lagi... sebab semua dah tertera... cuma kali ini saja laa nak bercerita tentang penyakit vs duit. Tajuk tu saje jer,tak tau nak letak apa.. ok... 

Semenjak jadi Perunding Takaful PruBSN ni.. dah ramai gak laa saya jumpa n apa yang saya dapati sebahagian besarnya memberikan alasan seperti:

1 - mm..tunggulah.. ekonomi belum stabil
2 - masih banyak hutang lagi ni..keta lagi..rumah lagi..
3 - busy... nanti senang saya call..bulan depan laa..

Ok.. bila saya dah dapat jawapan camni.. saya tak berani nak argue lagi..terpaksa menyokong dan memberikan nasihat tambahan kepada masalah diorang.. bukan rugi pun... kan?.. so.. bila di fikirkan balik... semuanya bergantungan kepada keadaan poket kita.. ekonomi keluarga.. semuanya berkisarkan wang.. bukan sebab tak cukup.. banyak lebih... tak caya?.. cuba tengok..

1 - Hisap Dunhill (6.50 14 batang sehari)  ''ni kalo simpan.. dah dapat 150++ sebulan.. dah boleh simpan kat Takafulink... protection dapat... retirement pun dapat''
2 - makan2 kat restoran.. tengok wayang setiap hujung minggu ngn aweks..mm dah nak valentine ni..
3 - pakai keta standard.. malam2 selalu gi clubbing.. lepak2..
4 - ada yang main judi.. nombor ekor..sehari sampai RM10 ringgit..mmm.. 

macam2 lagi.. tak ingat nak sebut..ni yg biasa saya nampak..persekitaran saya.. so.. ini yang terjadi.. sedangkan satu fakta yang benar2 terjadi..bukan COBAAN.. ialah penyakit/sakit. Kita kena ingat... 

1 - Penyakit musibah datang tak tgk banyak mana poket kita ada skrg..
2 - Penyakit musibah datang tak tanya kita busy ke..atau dah lapang baru dia nak datang
3 - Anda merokok?.. cepat2 call saya isi borang..nanti saya bg tau..hehehe

Jadi adakah kita sudah bersedia apabila tiba2 kita disahkan menghidap kanser paru2?(ni vote utk perokok memang tinggi)... mungkin belum nampak skrg..  tapi ia mungkin  akan datang... mudah2han tak laa kan... jadi.. apa yang kita akan lakukan... kita terlantar di hospital selama sebulan?...dua bulan.. dua tahun.. cukupkah duit simpanan kita?.. ASB?..baru start menyimpan bulan lepas.... KWSP?..takyah tanya.. tak bleh keluar punya..

So.. bagaimana nak handle sekiranya benda ini berlaku pada diri anda?.. sebenarnya penyelesaiannya ialah.. PERANCANGAN yang bagus untuk persaraan kita... iaitu.. dengan memiliki pelan takaful yang lengkap serba serbi..pada harga berpatutan.. di syarikat yang mantap...semuanya dari Prudential BSN Takaful..

Hubungi ejen terdekat anda untuk berbincang tentang perancangan masa depan anda. Bagi kawasan sabah.. labuan kaa. sarawak kaa.. bleh hubungi saya....

Monday, December 29, 2008

Quotation Takafulink Percuma

Assalamualaikum...

Ari ni bertambah semangat saya utk terus berjuang dalam membudayakan takaful dikalangan orang muslim kita. Walaupun hanya sekadar request quotation ,tetapi bagi saya ia amat besar dan menunjukkan masih ramai di luar sana sudi berkunjung ke blog prubsn saya yang tidak seberapa ini.. thanks guys... Semoga Maal Hijrah ini, mudah2han kita semua di cucuri rahmat dan dimurahkan rezeki dan ekonomi malaysia sedia kembali pulih.. Takbir!!! AllahuAkhbar!!!

OK.. dalam post ini saya paparkan senarai manfaat2 sebagai rujukan kita semua. Ini adalah dari quotation saudara kita yang baru tadi meminta quotation takafulink untuk dia.. Ok..


Umur : 41 Tahun
Pekerjaan : Swasta
Merokok : Tidak
Budget : RM200 sebulan.
Manfaat2 dengan sumbangan RM200 sebulan (termasuk RM20 utk Takaful Saver)

1 - Manfaat Kematian = RM30,000 + simpanan. + RM2000 (khairat kematian)
2 - Kemalangan/TPD = RM40,000 ( setiap tahun )
3 - Penyakit Kritikal = RM10,000
4 - Kad Perubatan = RM150,000
5 - Kos Rawatan Kemalangan(AMR) = RM2000 setiap kemalangan
6 - Elaun MC = RM100 seminggu
7 - Elaun Tunai Hospital = RM100 sehari
8 - Elaun ICU = RM100 Sehari
9 - Elaun Bedah = RM2,500 (maksimum RM12,500 setahun - tiap2 tahun)
10 - Sumbangan Percuma = sekiranya menghidap 36 penyakit kritikal
11 - Elaun Lumpuh = RM1,200 setahun

Jumlah Simpanan = Umur 56 Tahun = RM20k+++ & Umur 71 Tahun = RM41k+++

Ok... ni ialah ringkasan sahaja..kalo nak full..boleh baca dalam polisi masing2 k... ok apa yang saya ingin nyatakan ialah kepentingan menyertai takaful PruBSN semasa kita masih muda dan sihat. Sekiranya anda berumur 25 tahun , anda bisa mendapat manfaat yang sama seperti dia atas tetapi dengan sumbangan sebanyak RM140 sebulan. Jadi, jangan bertangguh.. bila mampu dan sihat, peluang terbuka luas untuk menyertai Takaful PruBSN. Sekiranya kiat sudah sakit, walau sebanyak mana kita mampu menyumbang setiap bulan, belum pasti ada takaful yang mahu menerima anda.

Sir Winston Churchill, Perdana Menteri England pernah berkata :

Sekiranya diikutkan hati, saya akan menulis perkataan “sudah diinsuranskan” pada pintu setiap rumah dan pada dada setiap orang awam kerana saya yakin bagi pengorbanan yang amat kecil, kaum keluarga dapat dilindungi daripada malapetaka yang mempunyai potensi memusnahkan kehidupan mereka selama-lamanya.






Older Posts Home