5 Sebelum 5 Perkara
Assalamualaikum semua...
Topik hari ini ialah 5 perkara yang selalu kita dengar.Tp persoalannya sekarang berapa ramai dari kita yang mengambil berat tentang 5 perkara ini?.dan apa pulak hubungkaitnya dengan memiliki insurans / takaful?
Topik hari ini ialah 5 perkara yang selalu kita dengar.Tp persoalannya sekarang berapa ramai dari kita yang mengambil berat tentang 5 perkara ini?.dan apa pulak hubungkaitnya dengan memiliki insurans / takaful?
- Sihat Sebelum Sakit : Semasa sihat kita tidak pernah terfikir yang kita akan sakit suatu masa nanti dan tidak pernah bersedia untuk keadaan tersebut. Bila orang sebut pasal takaful/insurans, terus sahaja mengatakan yang dia tidak perlu dan yakin dengan kesihatannya. Tetapi memang lumrah manusia, bila sudah terkena penyakit dan terpaksa membayar kos perubatan yang mahal, barulah tercari pelan takaful/insurans.Tetapi ia sudah terlambat.
- Lapang Sebelum Sempit : Begitu juga halnya dengan pengurusan masa, dalam kontek memiliki insurans/takaful, kita selalu bertangguh untuk menyelesaikan permohonan polisi. Dengan alasan seperti "nanti saya fikirkan" , "saya takda masa lah" dan macam2 lagi. Akhirnya malang tidak berbau, bila terkena musibah baru sibuk mencari ajen takaful/insurans untuk memohon. It's too late bro.. maybe not, but the price is in the sky..
- Muda Sebelum Tua : Kalo dalam perniagaan ekonomi, seperti tambang naik kapal terbang, senior citizen akan dapat tambang murah...betul kan?.. tetapi tidak ketika kita memohon pelan takaful/insurans. Masa muda begini la kita digalakkan mempunyai pelan takaful, lupakan sebentar keinginan memiliki kereta, pakaian mahal2, tv besar, astro, dan lain2. Mulakan karier anda dengan memiliki pelan perlindungan dan pelaburan lengkap. Kerana jika anda sudah berumur 40 tahun sedangkan ada di propose untuk memiliki pelan takaful/insurans, manfaat yang anda terima sudah tidak sama dengan tawaran dahulu. Kalo ya pun, bayaran yang terpaksa ditanggung mungkin melebihi satu kali ganda.
- Kaya sebelum Miskin : Ketika ada kemampuan memiliki polisi takaful/insurans kita selalu berlengah dan yakin yang kita mempunyai wang yang cukup untuk menampung segala perbelanjaan yg datang dalam bentuk musibah seperti penyakit,kematian dan kemalangan. Cuba anda lihat berita hari ini..berapa ramai artis yang hidup kaya raya tetapi akhirnya kecundang meminta simpati orang ramai kerana ketidak cukupan wang untuk menampung kos perubatan yang begitu mahal sekali.Kalo terjadi kepada kita?.. kekayaan kita akan hilang sekelip mata, rumah terjual,kereta terjual, simpanan tergadai, emas sampai ke siku sekarang tinggal cincin sahaja.Ingatlah, pelan takaful/insurans bukan sahaja melindungi kos perubatan anda, malah jugak melindungi harta kekayaan dari titik peluh anda dari tergadai.
- Hidup sebelum Mati : apa yang kita tinggalkan selepas kita meninggal dunia?untuk anak2?untuk isteri?.. dalam Islam, sekurang2nya kita perlu meninggalkan harta yang cukup untuk kegunaan setahun utk keluarga kita..contohnya RM1000 sebulan. tu kalo ada takaful biasanya akan mendapat RM20000 - RM100000. Cukup untuk perbelanjaan beberapa tahun, pendidikan anak2 , modal berniagaa kepada isteri, membayar hutang si mati, sedekah utk kebahagiaan si mati dan sebagainya.. jadi anda pilih yang mana.. bersenang dengan RM100-RM200 ketika hidup (sekejap jer habis tak rasa pun) ataupun menyediakan bekalan untuk keluarga anda ketika anda sudah tiada.
Post a Comment