Saturday, December 20, 2008

Kebenaran Tentang Penghospitalan


Perlindungan kesihatan merupakan satu komponen utama sebuah pelan kewangan yang menyeluruh. Masa kini, kos rawatan hospital semakin meningkat dan boleh menjadi terlalu mahal bagi kebanyakan orang. San menurut satu kajian ekonomi, inflasi kos perubatan adalah yang plaing tinggi sekali iaitu peningkatan 15% setahun.

Ramai beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk diri mereka. Namun, mereka tidak menyedari kesan buruk akibat tidak membuat sebarang persediaan awal bagi menghadapi ketidaktentuan sehinggalah mereka dimasukkan ke shopital.

Tahukah anda bahawa kos rawatan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital? seseorang itu boleh dibebani dengan kos kos rawatan akibat dari rawatan lanjutan, dialisis buah pinggang, rawatan komeoterapi atau penjagaan oleh jururawat di rumah.



Di Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), kami memahami keperluan pelanggan pelanggan kami. Oleh kerana itu kami menawarkan pelan Major Medical Cover (MMC) sebagai salah satu manfaat tambahan, bertujuan untuk melindungi anda sehingga umur 70 tahun dari kos kos penghospitalan utama.

Bayangka anda mempunyai sebuah pelan perubatan yang memudahkan anda untuk dimasukkan ke mana mana hospital panel PruBSN dan menjaga kos-kos perubatan setelah keluar dari hospital.Hebat Bukan?

Milikilah Kad Perubatan / Medical Card PruBSN sekarang juga!!!

Hubungi saya untuk penerangan percuma. Atau hubungi ejen PruBSN kawasan anda.

Thursday, December 18, 2008

Hospital Swasta Vs Hospital Kerajaan

Kos perubatan bukan penghalang mendapatkan rawatan terbaik

hello semua rakan2...assalamualaikum dan salam sejahtera..


persoalan kita sekarang.. kenapa kita kebanyakan bumiputera hanya membanjiri hospital kerajaan?.. sebab murah kan.. biarpun menunggu sampai 2 - 3 jam..kita sanggup.. kenapa pula di Hospital Swasta macam SMC, Raflesia dll tu orang kaya sahaja yang berani masuk..?

Sebenarnya bukan semua mereka itu orang berada..sama juga macam kita.. cuma mereka ada perlindungan Insurans/takaful plus medical card..

jadi..kenapa kita tidak mengambil inisiatif utk memiliki at least polisi takaful/insurans yang ada medical cover... sanggup menunggu berjam2 di hospital kerajaan..then balik bawak pulang panadol..ubat tahan sakit.. penyakit ndak jugak kita tau apa dia.. jadi.. kita pun jadilah pengunjung tetap di hospital..setiap bulan pigi sana minta ubat...

pernahkah anda terpikir untuk mengetahui status kesihatan anda?.. kalo demam setahun sekali biasa.. tapi kalo seminggu 3 kali demam..seminggu 5 kali sakit kepala.. ndak rasa ada yang something wrong kaa?pigi gov hospital.. dr cakap.. mmm..demam biasa.. alaa.. sakit kepala biasa ja baa ni..so..kita pun lega laa pulang rumah...

macam kisah saya sendiri.. sakit perut berterusan.. bilang doktor.. gastrik..dia just tekan ja perut..so.. saya pun senang hati laa balik rumah.. tapi dua hari kemudian.. sakit lagi balik.. last2..pigi hospital swasta.. baru tahu rupanya ada batu karang di dekat buah pinggang..bil RM750 ndak sampai 2 jam..itu baru cek sahaja..

ini yang kebanyakan kita masih takut..kita lebih rela penyakit dalaman kita membunuh kita senyap berbanding membuat pemeriksaan awal yang complete di hospital swasta.. sebabnya?.. Mahal...ndak mampu..

jadi.. bagaimana kalo saya katakan ada syarikat takaful/insurans yang memberi anda medical card utk anda mendapat rawatan 1st class di private hospital yang bernilai RM150,000?.. hanya dengan sumbangan RM3.35 sehari..

Wednesday, December 17, 2008

Takafulink PruBSN Sangat Fleksible!!

OK.. salam sejahtera...

Ok.. ramai di antara kita atau kita selalu mendengar orang berkata..

" alah.. insurans/takaful ni kalo nak potong sumbangan/caruman cepat jer.. tapi bila nak claim?.. mak aih.. banyaknya prosedur, kena urus sendiri dan makan 2 - 3 bulan jugak"

OK ini beberapa perkara yang tentang cara pembayaran Takaful Prudential BSN yang tidak membebankan peserta...

  1. Bagi yang baru daftar, sekiranya mendaftar selepas 15hb hingga 25hb - caruman bulan kedua ialah PERCUMA. Kenapa?kerana sumbangan/caruman pertama semasa pendaftaran akan di bawa ke bulan hadapan. Sebagai contoh, En. A daftar pada 18hb December, maka sumbangan pertama beliau ialah untuk bulan January, bukan untuk December. Jadi, beliau mendapat perlindungan percuma selama 13 hari.
  2. Tempoh bayaran - sekiranya peserta memilih untuk membayar secara tunai/check, peserta diberikan tempoh 30 hari dalam bulan tersebut.Contohnya sumbangan/caruman untuk bulan February, beliau mempunyai masa dalam tempoh 30 hari untuk membuat bayaran. Kenapa ini penting? kerana sesetengah polisi akan lapse/luput tanpa kita sedari apabila kita terlewat membuat bayaran beberapa hari.Jadi PruBSN memberi anda kelonggaran ini. Pemotongan Bank juga di buat 2 kali.. awal bulan dan akhir bulan.
Takaful Prudential BSN merupakan pengendali takaful/insurans yang terpantas sekali dalam pembayaran claim. Pada Tahun 2007 PruBSN dan Prudential telah membelanjakan untuk semua claim RM 840,000,000.00. Belum ada lagi komplen dari peserta.

Tepuk Dada Tanya Selera - Abu Bakar




TAKAFULINK PRUBSN PERCUMA

Mesti ramai yang teruja dengan perkataan percuma, ya dari segi pulangannya memang percuma cuma dari segi prosesnya ada harga yang perlu kita bayar bukan..?OK, bagaimana saya boleh katakan percuma? ok kita ambil kes di bawah..

Nama : Zainal Abidin
Lelaki , Tidak Merokok dan Pekerjaan Kelas 1

Sumbangan bulanan ialah RM120 + RM30 Takaful Saver

Tahukah anda Rm 30 takaful saver berkenaan boleh memberikan pulangan setimpal dengan bayaran sumbangan RM120 diatas?Cuba lihat gambar dibawah

OK.. dengan jangkaan pulangan 9% setahun (prestasi semasa 30% lebih) .. selepas 30 tahun saudara zainal memabyara sumbangan, jumlah sumbangan beliau ialah berjumlah RM54,000. Tetapi pada masa yang sama, jumlah simpanan yang beliau ada ialah sebanyak RM56,966 . Jadi beliau sebenarnya mendapat perlindungan percuma dan memperolehi keuntungan sebanyak RM2,966 .tetapi mungkin ada dianatara kita akan berfikir, eleh, 30 tahun simpan untung sikit ajer?mmm baik tak payah..kan?

Ok.. jangkaan di atas ialah untuk pulangan 9% setahun..bagaimana kalo purata prestasi dana takaful saver anda ialah 20% setahun sepanjang 30 tahun tersebut? Jadi, sumbangan bulanan beliau tidak la sia, disamping mempunyai simpanan untuk masa tua, beliau juga menikmati manfaat2 yang tiada bandingannya seperti : -

  1. Manfaat kematian - RM40,000
  2. Pampasan Penyakit Kritikal - RM15,000
  3. Kemalangan - RM40,000
  4. AMR - RM2000
  5. Kad perubatan MMC - RM150,000
  6. Elaun Tunai Harian/hospital - RM100 sehari
  7. Elaun ICU - RM100 sehari
  8. Elaun Bedah - RM2500 sekali pembedahan
  9. Elaun lumpuh - RM2000 setahun
  10. Sumbangan percuma sekiranya mengihidap penyakit kritikal..
Jadi?.. saya sendiri tidak melihat dimana kerugiannya kita menyertai pelan takafulink .. Sertai Prudential Takaful BSN sekarang...

Jantina, Umur , Kanser dan ....

Asslamualaikum dan salam sejahtera rakan2ku sekalian...

Dunia kini semkin canggih..semakin maju.. tetapi perlu diingat juga penyakit juga semakin mudah untuk dihidapi. Namun begitu, kita seharusnya bersyukur kerana dengan kemajuan yang ada, penyakit - penyakit yang kita takuti lebih lebih lagi penyakit kanser boleh di ubati menggunakan sistem rawatan yang lebih kompleks. Kesannya , kajian menunjukkan peningkatan dalam usia manusia yang mana mampu hidup sehingga 80 tahun lebih. Semakin lanjut usia kita, semakin besar risiko penyakit kritikal yang bakal kita hadapi.


Jadi apa yang saya ingin pointkan di sini ialah, bagaimana kita boleh mengurangkan risiko penyakit kanser daripada menjadi lebih kritikal? Medical Checkup?.. yaa itulah yang betul. samada kita melakukannya di hospital kerajaan ataupun hospital swasta sama sahaja. Cuma dalam kebanyakan kes, kanser peringkat awal susah di kesan sekiranya tidak menggunakan khidmat rawatan sistem pemeriksaan yang berteknologi tinggi seperti yang terdapat di kebanyakan hospital swasta. Tapi adakah kita mampu membuat pemeriksaan jantung,hati, buah pinggang, kepala dan paru menggunakan CTU SCAN?

Fikirkan lah... penyelesaiannya?... ialah mengambil pelan takaful yang mempunyai medical card..

Ingatlah, gunakan medical card untuk perbelanjaan perubatan anda tanpa menggunakan wang simpanan titik peluh anda yang berpuluh tahun. Mungkin hari ini kita tidak rasa kegunaannya? tetapi percayalah..suatu hari nanti kita akan berfikir mengenainya.. Malang Tidak Berbau .. Kanser boleh di cegah dengan pemeriksaaan awal.. jangan bertangguh untuk ke hospital.

sekian..

Monday, December 15, 2008

ASB vs Bank vs Takafulink


mmm... ini hanyalah ilustrasi... anda pilih..mana lebih baik...

1 - simpan di bank RM200 dapat simpanan + dividen 1-5% sahaja..
2 - simpan di ASB RM200 dapat dividen & bonus dlm 5-10%
3 - Simpan di Unit Amanah RM 200 dapat pulangan pelaburan 15- 30%

dan terakhir: -
RM 200 sebulan di TAKAFULINK? anda dapat : -
1 - pulangan pelaburan sehingga 35% setahun (Takaful Saver)
2 - Perlindungan penyakit kritikal dan Ketidak upayaan
3 - Manfaat Kematian & Kemalangan
4 - Pampasan Sehingga RM3000 setahun sekiranya lumpuh/TPD
5 - Kad Perubatan bernilai RM 150, 000.00
6 - Manfaat Hospital Sehingga RM300 sehari
7 - Manfaat ICU RM 100 sehari
8 - Elaun Bedah Sehingga RM 2500
9 - Pengecualian Sumbangan
10 - Pelepasan Cukai sehingga RM6000
11 - dan macam2 lagi...

Please choose the right plan for u and your family.. Jangan fikirkan mahal, Astro + prepaid + minyak + minum2 boleh plak sampai RM700 - 1000 sebulan..kalo kita sakit dan memerlukan duit sehingga RM35000?.. boleh ka mintak balik sama kedai mamak,disko,astro dan kedai prepaid?... fikirkan boleh...

5 Sebelum 5 Perkara

Assalamualaikum semua...

Topik hari ini ialah 5 perkara yang selalu kita dengar.Tp persoalannya sekarang berapa ramai dari kita yang mengambil berat tentang 5 perkara ini?.dan apa pulak hubungkaitnya dengan memiliki insurans / takaful?

  1. Sihat Sebelum Sakit : Semasa sihat kita tidak pernah terfikir yang kita akan sakit suatu masa nanti dan tidak pernah bersedia untuk keadaan tersebut. Bila orang sebut pasal takaful/insurans, terus sahaja mengatakan yang dia tidak perlu dan yakin dengan kesihatannya. Tetapi memang lumrah manusia, bila sudah terkena penyakit dan terpaksa membayar kos perubatan yang mahal, barulah tercari pelan takaful/insurans.Tetapi ia sudah terlambat.
  2. Lapang Sebelum Sempit : Begitu juga halnya dengan pengurusan masa, dalam kontek memiliki insurans/takaful, kita selalu bertangguh untuk menyelesaikan permohonan polisi. Dengan alasan seperti "nanti saya fikirkan" , "saya takda masa lah" dan macam2 lagi. Akhirnya malang tidak berbau, bila terkena musibah baru sibuk mencari ajen takaful/insurans untuk memohon. It's too late bro.. maybe not, but the price is in the sky..
  3. Muda Sebelum Tua : Kalo dalam perniagaan ekonomi, seperti tambang naik kapal terbang, senior citizen akan dapat tambang murah...betul kan?.. tetapi tidak ketika kita memohon pelan takaful/insurans. Masa muda begini la kita digalakkan mempunyai pelan takaful, lupakan sebentar keinginan memiliki kereta, pakaian mahal2, tv besar, astro, dan lain2. Mulakan karier anda dengan memiliki pelan perlindungan dan pelaburan lengkap. Kerana jika anda sudah berumur 40 tahun sedangkan ada di propose untuk memiliki pelan takaful/insurans, manfaat yang anda terima sudah tidak sama dengan tawaran dahulu. Kalo ya pun, bayaran yang terpaksa ditanggung mungkin melebihi satu kali ganda.
  4. Kaya sebelum Miskin : Ketika ada kemampuan memiliki polisi takaful/insurans kita selalu berlengah dan yakin yang kita mempunyai wang yang cukup untuk menampung segala perbelanjaan yg datang dalam bentuk musibah seperti penyakit,kematian dan kemalangan. Cuba anda lihat berita hari ini..berapa ramai artis yang hidup kaya raya tetapi akhirnya kecundang meminta simpati orang ramai kerana ketidak cukupan wang untuk menampung kos perubatan yang begitu mahal sekali.Kalo terjadi kepada kita?.. kekayaan kita akan hilang sekelip mata, rumah terjual,kereta terjual, simpanan tergadai, emas sampai ke siku sekarang tinggal cincin sahaja.Ingatlah, pelan takaful/insurans bukan sahaja melindungi kos perubatan anda, malah jugak melindungi harta kekayaan dari titik peluh anda dari tergadai.
  5. Hidup sebelum Mati : apa yang kita tinggalkan selepas kita meninggal dunia?untuk anak2?untuk isteri?.. dalam Islam, sekurang2nya kita perlu meninggalkan harta yang cukup untuk kegunaan setahun utk keluarga kita..contohnya RM1000 sebulan. tu kalo ada takaful biasanya akan mendapat RM20000 - RM100000. Cukup untuk perbelanjaan beberapa tahun, pendidikan anak2 , modal berniagaa kepada isteri, membayar hutang si mati, sedekah utk kebahagiaan si mati dan sebagainya.. jadi anda pilih yang mana.. bersenang dengan RM100-RM200 ketika hidup (sekejap jer habis tak rasa pun) ataupun menyediakan bekalan untuk keluarga anda ketika anda sudah tiada.

Newer Posts Older Posts Home