Saturday, December 6, 2008

Soalan Lazim FAQ

1) Adakah produk Takafulink mematuhi Syariah?

Ya, produk Takafulink adalah mematuhi undang-undang syariah yang telah di tetap dan di luluskan oleh Bank Negara Malaysia. PruBSN juga mempunyai Majlis Pengawasan Syariah sendiri bagi memastikan perjalanan syarikat dan produk-produk yang di keluarkan mematuhi syariah.

2) Berapakah sumbangan minima bagi akaun Takafulink?

Sumbangan minima bagi akaun dewasa adalah RM100 sebulan manakala untuk akaun pendidikan (Takafulink Cerdik) boleh bermula dengan serendah RM50 sebulan. Namun begitu, Sumbangan bagi setiap individu adalah berbeza mengikut faktor-faktor berikut :
• Jumlah manfaat yang di ambil
• Umur
• Jantina
• Pekerjaan
• Merokok / Tidak Merokok
Selain itu anda juga di nasihatkan supaya membuat sumbangan mengikut keperluan dan kemampuan.

3) Bagaimanakah Cara Pembayaran Sumbangan Takafulink?

Pembayaran sumbangan Takaful boleh di lakukan melalui kaedah berikut :
1. Kad Kredit
2. Potongan terus dari akaun bank (Autodebit/Direct debit). Buat masa ini, autodebit boleh di lakukan melalui akaun :
o Maybank
o CIMB Bank
o RHB Bank
o Bank Simpanan Nasional
3. Potongan Gaji melalui Biro Ankasa (Kakitangan Kerajaan)
4. Melalui internet – Maybank2u
5. Pembayaran terus di kaunter-kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional
6. Pembayaran di kaunter Prudential BSN Takaful secara tunai atau menggunakan cek

4) Bilakah Peserta boleh mengeluarkan Nilai Tunai dari akaun?

Nilai tunai boleh di keluarkan pada bila-bila masa untuk apa sahaja tujuan apabila jumlah nilai tunai melebihi RM4,000. Contohnya, apabila nilai tunai pada suatu masa berjumlah RM10,000 , peserta boleh mengeluarkan tunai sebanyak maksima RM6,000.

5) Apakah kegunaan Kad Perubatan Takaful?

Kad perubatan takaful boleh di gunakan bagi membiayai kos rawatan hospital yang besar tanpa perlu membuat tuntutan (Cashless).

6) Adakah Kad Perubatan boleh di gunakan di mana-mana Hospital?

Kad Perubatan PruBSN Takaful hanya boleh di gunakan di Hospital-hospital yang menjadi panel. Untuk hospital yang bukan panel atau hospital kerajaan, peserta perlu menyelesaikan bil terlebih dahulu dan membuat kemudian tuntutan secara manual (di uruskan oleh ejen)

Kenapa Perlu Ada Takaful?

Demi Masa...

Sesungguhnya manusia didlm kerugian; melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh. Gunakan kesempatan yang masih diberi. Semoga kita tidak akan menyesal.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
  1. Sihat sebelum Sakit
  2. Muda sebelum Tua
  3. Kaya sebelum Miskin
  4. Lapang sebelum Sempit
  5. Hidup sebelum Mati

Tanya lah pada diri anda sendiri...
  • Apakah yang anda sediakan untuk anak-anak dan keluarga, ketika anda "tiada"?
  • Mahukah bil-bil rawatan dan pembedahan anda di Hospital Swasta ditanggung?
  • Adakah anda terpaksa bekerja apabila sudah bersara, bagaimana dengan hari tua?

Kenapa anda perlu insurans hayat bersama kad perubatan?

  • Memastikan agar keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai, hutang dan keperluan-keperluan lain.
  • Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.
  • Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
  • Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan.
  • Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan berikutan penyakit yang serius, lumpuh sepenuhnya atau kemalangan.
  • Kemudahan Kad Perubatan untuk membayar bil hospital anda dari RM 150k – 450k

Kenapa Prudential?


Prudential Holdings Ltd (PHL) adalah penyedia insurans hayat dan pencen yang terunggul di UK. Prudential melalui anak syarikatnya Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) sudah bertapak di Malaysia lebih daripada 80 tahun.

Merupakan syarikat insurans yang pertama di Malaysia yang mengeluarkan Kad Perubatan bersama-sama dengan polisi insurans hayat. Pada tahun 2008, telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Jenama Paling Di percayai di Malaysia dan Asia oleh Reader's Digest.

Kenapa Prudential BSN Takaful?

Prudential BSN Takaful adalah hasil usahasama di antara Prudential Holdings Ltd & Bank Simpanan Nasional. Produk-produk yang dihasilkan oleh Prudential BSN Takaful adalah produk yang berlandaskan Syariah. Prudential BSN Takaful telah melancarkan produk Takaful keluarganya yang pertama iaitu Takafulink pada 8 Nov, 2006.

Pelan Takaful ini merupakan pelan yang lengkap, fleksibel dan boleh di sesuaikan mengikut umur dan keperluan individu yang berbeza. Takafulink juga merupakan pelan Takaful Pertama di Malaysia yang menyediakan Kad Perubatan bagi membiayai kos rawatan hospital pakar yang tinggi.








Thursday, December 4, 2008

Al- kisah John Q

Hai lagi...

Sapa pernah tengok cerita john q?

OK biar saya ringkaskan ceritanya ok.. John Q ni lakonan denzel washington aka man on fire... dia mempunyai seorang anak yang sehat dan bercita cita ingin menjadi ahli bina badan. John Q juga ada seorang isteri yang sangat menyayangi anaknya ini.John Q pun begitu sebab dia lah satu2nya anak mereka. Jadi mau dijadikan cerita, semasa main besbol sekolah.. anaknya tiba2 jatuh pengsan. So, di bawak laa ke hospital.. sekali doktor sudah cek apa semua.. doktor pun panggilah si john q ni...

SO..doktor pun tunjuklah apa yang di alamai oleh anak nya Michael.. ni namanya..baru aku ingat. hehehe.. So si maikel ni pun disahkan menghidap penyakit hati then perlu pemindahan hati.. so doktor bagi option.. biarkan sahaja atau melakukan pemindahan. john q ndak mau mengalah.. dia mau anaknya melakukan pembedahan pemindahan hati. Lalu si doktor memberitahu yang kos kezeluruhan pembedahan ialah USD250k... dengan lantas si john q mengatakan yang dia ada insurans... anaknya termasuk dalam covered person.. then doktor tu cakap.. tidak..dia telah periksa.. untuk kes sebegitu... anaknya tidak dapat di cover. then.. cerita seterusnya kamu bleh download di sini..

http://kaki-sedut.blogspot.com/2008/09/dvdrip-john-q-subbed.html


mau tau apa terjadi?... si john q terpaksa merampas hospital tadi dan mengugut untuk membunuh hostages kalo anaknya tidak dibedah secepat mungkin. ok..the end of story..kamu tgk sendiri..takut ndak saspen pulak..

Moral dia di sini -

1 - Adakah anda mempunyai takaful?
2 - Adakah anda mempunyai MEdical Card?
3 - Adakah pengendali takaful anda kukuh dan telus dari segi kewangan?
4 - Adakah anda membaca polisi takaful anda dan faham seluruhnya?
5 - Adakan anda menyediakan perlindungan takaful untuk anak tersayang?
6 - Adakah anda sanggup bergadai rumah,harta,simpanan untuk menampung kos perubatan seperti mana yang berlaku ke atas John Q tadi..?
7 - Adakah anda cukup berani untuk merompak/merampas hospital?
8 - Adakah anda sanggup membunuh?

Jawapannya hanyalah satu... Takaful Prudential BSN.

Kepentingan Medical Card

Assalamualaikum..

Kenapa perlu ada Medical Card atau MC esp Takaful PruBSN? ok.. 1st MC yg dikeluarkan oleh kami ialah 1st party punya MC.. mean segala urusan claim akan terus diuruskan oleh pihak Prudential dan tidak perlu lagi submit sana sini... macam kebanyakan medical card pengendali takaful lain.. ianya merupakan 3rd party.. mean urusan pembayaran,pengesahan perlu melalui dua pihak.. iaitu melalui pengendali takaful itu sendiri dan syarikat MC itu sendiri. Nampak kan apa beza dia.. ok saya bukanlah mau bercerita mengenai sapa punya MC yang hebat. Ok..





Kalo kita tengok TV.. semenjak beberapa tahun ini berapa ramai orang kenamaan, artis atau pun individu yang masuk tv merayu meminta sumbangan untuk menyara kos perubatan mereka? Kenapa benda ini terjadi?Padahal pendapatan mereka melebihi 3 - 4 ribu sebulan.. boleh apa bayar bil hospital. Ini kerana bil perubatan masa kini memang bo
leh dikatakan paling tinggi.. lebih mahal dari rumah. betul kan?... ada yang sampai beratus ribu.. cash plak tu..mana bleh hutang wee... ini yang sekarang menjadi dilema masyarakat kita sekarang...




1 - berpendapat Hospital Kerajaan murah.. tp perlu diingat?dalam kes besar, Hospital kerajaan sendiri refer kepada hospital pakar swasta..dan kebanyakan doktor sendiri mempunyai Medical Card.





2 - bergantung kepada simpanan ASB, Bank dan sebagainya. mmm.. berapa lama mo simpan baru dapat kumpul RM150 ribu?20 tahun?30 tahun? itu pun kalo kita kena penyakit pada masa wang sudah cukup.. kalo kita kita sebulan dr sekarang.. alahai...baru 200 ringgit dlm simpanan.. terpaksa pegi klinik.. bayar 50 dan dapat ubat yg macam2 warna.. bulan depan masih datang lg penyakit..





3 - Majikan/kerajaan tanggung kos perubatan - ha'ah ya la tu.. apa sangat yang di tanggung.. kalo demam biasa.. kemalangan biasa..memang laa.. cuba kalo penyakit kanser.. paling2 kerajaan bagi ko RM5 ribu.. sebagai deposit.. kalo ndak pun suruh claim..bayar dulu claim kemudian.. kalo bil RM45 ribu?.. teraksa pigi ASB kasi keluar duit.. tu pun kalo ada laa... Pak Menteri pun sekarang ada Takaful daaa..





4 - berapa ramai sangat orang kita ni lepas kerja 5 tahun ada RM50 ribu dalam akaun?.. tak payah kira semua.. kira dikalangan keluarga kita..berapa orang yang ada duit begitu..


ok.. di bawah ni ada kisah seorang guru ..kamu baca laa sendiri.. mana tau bleh buat kamu berfikir..




Kebenaran Itu Pahit Untuk Ditelan

Kita bukan pelakon terkenal spt Azean Irdawati,

Aktress yg terkenal pun tak lepas dari kanser,
Ye la kanser tak pilih bulu,
Pun tak cukup duit rawat kanser,
Tapi takpa, masuk paper Berita Harian, Metro,
Utusan dan macam2 mintak derma,
masuk TV3 mintak ringankan beban,
mcm2 persatuan bagi derma,
Zakat Selangor bagi RM 30 000, orang lain bole dapat ker mcm ni ?
RM 90 000 bukan senang nak cari,
Berlakon satu filem di bayar RM 60 000,
setahun 3 filem dah RM 180 000, banyak gaji Pn Azean ni,
Tak masuk drama dan iklan,
Mcm ni punya kaya pun kena mintak derma lagi.....
Gaji you + husband ada RM 180 000 setahun ? RM 100 000 ?
RM 30000 ? alahai sedihnyer....

Kanser tak pilih bulu,
hari ni sihat bulan depan tengok2 kanser dah stage 3,
14 hari ketumbuhan 5cm dah jadi 10 cm,
1dari 19 wanita menghidap kanser setiap tahun ????
bila giliran kiter agaknyer ??
Hospital kerajaan yang macam pasar basah tu boleh setel cepat ker?

Bukan nak hentam Hospital Kerajaan,
Facilities dan kepakaran Hospital Kerajaan dan Swasta setanding....
Tapi Doktor Kerajaan sendiri cakap,
sedangkan doktor kerajaan pun byk yg amik insuran..
Kes elektif mcm kanser atau jantung, atau kritikal,
eloklah jangan ditangguh rawatan,
mcm mana nak cepat sbb kita bukan isteri perdana menteri....
nak rawatan cepat kena pergi hospital swasta,
hospital swasta paham2 lah, bisnes tetap bisnes,
RM 20 000, buat kimo sajer, satu cycle jer,
tak masuk rawatan yang lain,
Bila dah kena, ada yang bergadai rumah, ada yang bergadai tanah,
Kos rawatan + kos sara hidup ( dah sakit tak bleh p kerja dah...)
Boleh cecah RM 100 ribu..ada yang lebih..
Kalau duit rawatan + duit sara hidup + kos rawatan susulan RM 150 000, mcm mana ?
Simpan RM 200 sebulan di ASB pun 10 tahun belum cukup RM 100 000..
Kalu simpan RM 200 di Takaful, esok dah ada dana kecemasan RM 150 000,
Kalau tak dak jadi aper2 dapat balik Modal + Investment...
Ni pun tak boleh paham ker ?

Setengah orang kedekut..
kalau tak kedekut mungkin tak paham,
beli kereta bayar RM 500 boleh, RM 1500 pun takper, asal bergaye,
beli emas Ribu - ribu sanggup,
tap nak bayar 5% dari gaji bulan utk kecemasan rasa mahal,
sedangkan benda ni wajib + penting,
dana kecemasan la katakan,
kalau ada RM 150 000 dalam bank hari ni takper,
tapi kalu ada kecemasan RM 150 000 kena guna, habis lah duit you,
kene kumpul balik, kan ker baik kalau orang lain bagi RM 150 000 utk kecemasan,

Mahal ?
RM 200 mahal? RM 150 mahal gak ? RM 90 mahal lagi ????
Orang Cina bila dapat 1st gaji diorang tak plan nak beli kereta Honda,
Orang Melayu bila dapat 1st gaji terus plan nak beli kurang2 Waja,
Orang Cina bila dapat 1st gaji, diorang pikir Investment, pikir Insurance,
Orang Melayu bila dapat 1st gaji diorang pikir nak pakai kereta aper,
sport rim 17 inci wajib,

Perancang kewangan tak letih berkata
utk kereta tak lebih 12% dari gaji bulan,
Gaji RM 2500/sebulan patut beli kereta yg bayar bulan RM 300/sebulan,
Wira second ok la../kenari second ker..utk permulaan.....
Tapi ramai tak ikut..gaji RM 2500,
beli kereta Honda City RM 600/sebulan.....24% dah tuh..
Perancang kewangan kater, 60% gaji utk hutang + perbelanjaan,
40 % utk investment, dana persaraan, insurance,
Orang melayu 99% gaji utk hutang + belanja sara hidup...1 % utk simpanan...
Beraper kerat jer orang melayu ada RM 50 000 cash dalam bank lepas 5 tahun kerjer,
Bila orang suruh beli takaful / insurance.....mahal...tak cukup bulan2 nak bayar......
pakat2 la betulkan kedudukan kewangan korang semua....

Orang Kerajaan kadang-kadang berlagak,
Penyakit dan rawatan semua di tanggung,
Betul tu,
Habis hari2 orang kerajaan masuk paper mintak derma mcm maner,
Kita bukan isteri Perdana Menteri,
Bukan juga adik Menteri,
Menteri dan PM sendiri pun cari hospital swasta utk rawatan, US lagi tuh,
Pegawai jabatan jer ? clerk jer ? Pegawai sains jer ?
Ketua Jabatan ? Pensyarah ? Ok la skit dengar bunyik nyer,
OK sebulan lagi datang balik buat Test tu Test ni,
OK tunggu result 2 minggu,
OK kena tunggu giliran buat pembedahan, mungkin 3 bulan lagi,
Senarai list 10 muka surat, tahun depan pun ada nak dapat giliran,
mintak maaf cakap, inilah realiti......

Orang kerja Swasta lagi lah tak sedar diri,
Konon - konon Multi Nasional Company...
Majikan Cover la katakan...
Berapa ribu beb ? Sampai bila beb ? Berapa limit beb ?
8 bulan kena kanser tak p kerja Majikan nak cover lagi ker beb ????
pencen umur 55 thn habis takdak coverage dah...
86% warge tua melayu sekarang tiada coverage insurance..
golongan ni berada di tahun akhir 1970an dan 1980an...tengah kuat kerja mcm kita,
tapi masa tu insurans tak famous di kalangan orang melayu, haram...
sekarang ada satu pilihan jer lah...hospital kerajaan...
kalau nak ke hospital swasta...kena cari dana sendiri...
EPF ? untuk persaraan pun tak cukup ini kan pula nak tanggung medical...
Sekarang banyak company besar2 beroperasi di Malaysia,

Tapi sampai bila ?
Itu pun kalau majikan masih sudi beroperasi di Malaysia,
Bisnes is bisnes, bukan badan kebajikan atau walfare...
kalau kos operasi dah mahal...pegi tempat lain la jwbnyer..
nak beli takaful masa umur 55? Besar belanjer nyer beb..itu pun kalau layak...


IKM-HUKM Hospital yg terbaik dari segi facilities bagi rawatan kanser,
Hospital Kerajaan nih,
Hospital Swasta n Kerajaan kadang2 akan refer sini,
Sini ada golongan yg tak perlu bayar, atau bayar seminimum yg mungkin,
ada yang kena bayar 100%..bagi yag ada coverage insurance, atau TOKEY KILANG,
boleh buat loan nak buat rawatan disini...buat loan ?
Cukup la loan rumah loan kereta dah beban dah.....
Kebarangkalian nak jatuh dalam GROUP tak payah bayar sangat lah rendah....
Second group kena bayar skit....skit berapa skit...RM 20 ribu ? RM 30 ribu ? tengok kes ler...
So, are we hoping for the luck to fall in the Not Need Pay Group ??
Husband kerja, wife kerja...boleh bayar bulan - bulan aper ....

Ibarat guna Kad kredit ler,
Kad kredit Visa Jammed, Gunerlah pulak Kad Mastercard,
(Mana2 yg pakai kad kredit, stop dan tukar pada Kad Debit plak...)
Bila jalan jauh, spare tyre kena ada,
Jahanam satu tayar, ada lagi satu tyre spare..
Sama juga kes you,
Mana boleh dapat rawatan kerajaan, pergi la takda masalah,
Tapi bila lambat dan waiting list panjang, pegi la hospital swasta nak cepat..
.( dengan coverage insuranse la yer...)

Kanser ker, masalah buah pinggang,
bila dah kena, keluarga merana,
isteri kena kanser suami merana,
suami kena kanser isteri merana,
kehilangan keluarga tersayang taktau nak cakap ler sedihnyer..

Kesian anak2...
Gaji kita..laki bini RM 3500 + RM 2500..wau RM 6000,
satu tumbang...tinggal RM 2500 jer..alamak duduk kat JB ni
dah la tak cukup...nak tanggung kos rawatan kanser lagik..
kalau takdak insurans / takaful.....masuk paper ler mintak derma..

Tanggung sakit memang perit,
takda duit nak buat rawatan lagi tambah pedih,
Ajal dan maut di tangan tuhan akhirnyer,
Kalau dah sampai ajal, pergi jua...
Sekurang2nya kita mencuba dapatkan rawatan terbaik,
Jangan nanti terkilan salah kan diri sendiri,
sbb lambat dapat rawatan...why lambat ? tak der duit.....

Suami-suami yang menyayangi isteri...
Isteri - isteri yang menyayangi suami..
Lepas baca nukilan nih, bincang - bincanglah sesama sendiri,
Suami belikan takaful untuk isteri...
Takkan isteri nak beli untuk suami..
apa2 pun bolehlah...

Wednesday, December 3, 2008

Manfaat Rider

OK... sekarang saya terangkan manfaat2 yang terdapat dalam Takafulink anda atau lebih dikenali sebagai rider ok..

1 - Crisis Cover Income (CCI)

** Ini merupakan bayaran yg anda terima sekiranya anda disahkan menghidapi salah satu 36 penyakit kritikal . Bayaran ini merupakan bayaran sekali setahun untuk menggantikan pendapatan korang sebab kan korang tak dapat keja dah?.. ok.. Rider ini merupakan pilihan. Jumlah bayaran setahun juga mengikut budget premium bulanan semasa anda mencarum contohnya CCI anda RM3000 setahun. Jadi setiap tahun anda akan dibayar RM3000. Menarik bukan?.. dah lepas dah bill2 rumah. Caruman tak payah bayar dah.

2 - Accident Medical Reimbursement (AMR)

** OK yang ni pulak merupakan perlindungan keatas apa jua kemalangan samada kemalangan kecil atau besar, kena pukul ker..jatuh tangga ker.. kena sengat tebuan kaa..kena gigit ular kaa .. kena tampar girlfriend ker(ada ker)... So prosesnya camni.. budget sekali kemalangan biasanya RM2000 .. so kalo korang nak rawatan terbaik..g laa klinik pakar.. then buat rawatan cepat dan berkesan.. cuma korang kena bayar dulu lah.. lepas tu mintak bil apa semua.. call agent then agent akan uruskan semua..then next month..dapat balik laa duit tu.. menarik jugakkan?

3 - Weekly Imdemnity

** Yang ni plak elaun yang korang dapat bila korang lepak kat wad lebih dari seminggu. Dan manfaat ni base on unit.. 1 unit manfaat dia RM100 .. so katakan ko "lepak" hospital tak kira swasta ke kerajaan ke.. ko lepak seminggu.. Prudential akan bayar ko RM100 plus Hospital Benefit (yg saya akan terangkan selepas ni).. kalo korang lepak 4 hari jer?ok.. korang bahgilah RM100/7 X 4 = kira sendiri. Tapi ni untuk kes ketidakupayaan jer tau.. seperti eksiden tak bleh jalan..koma ke... ok.

4 - Hospital Benefit (maksima 100 hari setahun)

** ok yg ni kita kira 1 unit= RM50 .. biasanya agent akan letak dalam 2 unit kedalam polisi korang bergantung kepada premium laa..kalo premium ko besar..maksimum bleh letak 8 unit/RM400 sehari. So..kalo ko kena tahan dalam hospital.. kena demam panas ker..cacar ker..eksiden patah kaki ker.. Prudential akan bayar laa ko base on unit dalam polisi korang. Katakan ko kena tahan selama 7 Hari sebab ko kemalangan patah kaki.. tak bleh gerak.. then prudential akan bayar 7 x RM100 (2 unit) + Weekly Imdemnity = RM750 cincai laa.. Sapa mo bagi?at least kalo korang keja sendiri..bisnes.. bleh cover korang punya income.. selama 7 hari... Memang best.. tak perlu takut lagi bila tak jalan bisnes sehari..

5 - Medical Cover

** yang ni biasa kita letak 1 unit jer..tapi manfaat dia memang jarang syrkt takaful lain takleh sediakan.Pertama Elaun Tunai Harian - RM50(100 hari setahun). Fungsi lebih kurang sama dengan yg manfaat di atas. Kedua ialah Elaun ICU RM100 sehari (30 hari setahun maksima).. yg ni kalo korang terpaksa masuk Unit Rawatan Rapi..prudential akan bayar RM100 sehari plus manfaat2 di atas tadi. Yang last sekali ialah Elaun Prosedur Pembedahan.nilai elaun ialah RM2500 setiap kes dan maksima RM12500 setiap tahun.bergantung kepada level severity laa.. kalo korang kena bedah appendix.. dah qualify dah elaun RM2500..kalo pembedahan kecil.. mungkin akan menerima sebahagian dr RM2500 td..

6 - Disability Provider

** Walaupun kita sudah hilang keupayaan, namun hidup kita mesti teruskan. Anak bini still kena bagi makan.. tapi camana mau cover itu semua kalo kita pun ndak boleh bekerja? Disini laa gunanya Disability Provider.. lebih kurang macam CCI jugak.. memberikan pendapatan tahunan kepada peserta yang kehilangan upaya akibat kemalangan atau menghidapi penyakit kritikal. Minima pendapatan RM1000 sehingga RM10000 sebulan.Utk premium RM100 sebulan biasanya agent bagi RM1000 Setahun sahaja.. semuanya pilihan anda.. boleh bincang baik2 dengan agen. Kami di PruBSN ingin memenuhi keperluan masa depan anda..jadi jgn malu2..jangan segan2...

ok.. cukup setakat ini sahaja..mungkin ada kekurangan.. korang leh call,sms,chating ngn saya.. sekiranya korang ada apa2 pertanyaan.ok.. ciaoo..

Camana Mau Claim?

1- Claim Online (Bil dan Elaun)

Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, client perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).

Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.

Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.

2- Claim Reimbursement (Bayar dulu, Claim kemudian)

Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN.

Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.

3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)

Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.

Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.

Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.

4- Claim Accident (Medical/ MC)

Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.

5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)

Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.

Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.

Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agent atau PruBSN.

6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)

Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.

7- Tempoh Tuntutan

Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.

Anda boleh hubungi agent anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.


Kad Perubatan Takaful MediAssist



Apakah MMC?

MMC adalah satu manfaat tambahan perubatan yang menyeluruh yang boleh disertakan bersama pelan takaful anda:

1. Had Tahunan Yang Tinggi dari RM50,000 hingga RM150,000 setahun.
2. Kebebasan Memilih Hospital-Hospital dan Doktor-Doktor
3. Perlindungan 24 Jam Di Seluruh Dunia
4. Perkhidmatan Hospital Rangkaian Di Hospital Tertentu
5. Jadual Pembedahan Tanpa Sekatan
6. Manfaat Yang Termasuk Cukai Perkhidmatan
7. Rawatan Sebelum Masuk Dan Selepas Keluar Hospital
8. Penjagaan Jururawat Di Rumah
9. Pembedahan Balik Hari
10. Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Untuk Kecederaan Akibat Kemalangan
11. Rawatan Pesakit Luar Bagi Penyakit Barah Dan Dialisis Buah Pinggang
12. Bantuan Perubatan Kecemasan Antarabangsa Dan Tempatan
13. Had seumur hidup yang tinggi bermula RM150,000 hingga RM450,000

Sebagai tambahan, anda akan diberi kad Takaful MediAssist, yang memberi perkhidmatan 24 Jam, di seluruh dunia dan Bantuan Perubatan Kecemasan. Kami juga mempunyai lebih kurang 60 hospital swasta ekslusif di seluruh Malaysia.

Perlindungan bermula serta-merta selepas penerimaan bagi kemasukan hospital akibat kemalangan dan 30 hari selepas penerimaan bagi akibat-akibat lain.

Hospital Panel

Johor : Medical Specialist Hospital, Pusat Pakar Kluang Utama, Puteri Specialist Hospital (Batu Pahat) (formerly known as The Southern Hospital, Batu Pahat), Johor Specialist Hospital, Puteri Specialist Center

Melaka : Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd (formerly known as The Southern Hospital, Melaka), Hospital Pantai Ayer Keroh, Mahkota Medical Centre

Negeri Sembilan : Columbia Asia Medical Centre, S’ban, Chinese Maternity Medical Centre, Nilai Cancer Institute, Seremban Specialist Hospital

Kuala Lumpur / Selangor : Pantai Cheras Medical Centre, Sentosa Medical Centre, Pantai Indah Medical Centre, Tung Shin Hospital, Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Assunta Hospital, Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, Subang Jaya Medical Centre, Sri Kota Medical Centre, Sentosa Medical Centre, Kajang, Sunway Medical Center, Ampang Puteri Specialist Hospital Tawakal Hospital

Kelantan : Universiti Sains Malaysia, Perdana Specialist Hospital

Terengganu : Kuala Terengganu Specialist Hospital

Pahang : Kuantan Medical Centre, Kuantan Specialist Hospital

Sabah : Sabah Medical Centre, Rafflesia Medical Centre, Damai Specialist Centre

Sarawak : Normah Specialist medical centre, Rejang Medical Centre, Sibu Specialist Medical Centre, Timberland Medical Centre, Columbia Medical Centre, Miri, Kuching Specialist Hospital

Perak : Pantai Putri, Ipoh, Apollo Medical Centre, Fatimah Hospital

Penang : Bagan Specialist Centre, Gleneagles Medical Centre, Penang Adventist Hospital, Lam Wah Ee Hospital, Tanjung Medical Centre, Hope Children Hospital (Sg Ara ), Hope Children Hospital (FARLIM), Loh Guan Lye Specialist Centre

Kedah : Metro Specialist Hospital, Putra Medical Centre, Kedah Medical Center, Strand Hospital

Takaful Saver

Katakan anda membuat sumbangan RM150 sebulan dalam plan asas untuk mendapatkan perlindungan. Jumlah peruntukan untuk membeli unit adalah mengikut umur polisi anda.

  1. Tahun pertama : Hanya 40% dari baki sumbangan anda akan diperuntukkan untuk membeli unit-unit
  2. Tahun ke 2 : 50%
  3. Tahun ke 3 : 65%
  4. Tahun ke 4 : 70%
  5. Tahun ke 5 & 6 : 90%
  6. Tahun ke 7 & ke atas : 100%

Tapi kalau anda masukkan sejumlah wang di bawah Takaful Saver, 95% terus diperuntukkan membeli unit-unit dana dari tahun pertama lagi. Maknanya, CASH VALUE anda akan berkembang dan bertambah-tambah walaupun usia polisi masih muda. Berapa anda boleh masukkan di bawah Takaful Saver? Murah sahaja. Minima dari RM10 sebulan sahaja.

Kalau anda perhatikan carta di atas yang saya tunjukkan, sebab itulah nilai CASH VALUE anda selalunya rendah dan nampak sedikit sahaja dalam tahun pertama dan ke dua. Apabila polisi anda berusia lebih dari 3 tahun barulah anda nampak wang anda berkembang dan apatahlagi jika ditambah dengan TAKAFUL SAVER.

Tuesday, December 2, 2008

Takaful Puteri Buat Kaum Hawa

Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink).

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat di dalam pelan Takafulink.


Terdapat 2 pelan pilihan iaitu

  1. Takaful Puteri
  2. Takaful Puteri Plus

Kedua-dua pelan menawarkan tiga peringkat perlindungan yang boleh dipilih iaitu :

  1. RM50,000
  2. RM100,000
  3. RM150,000

Tempoh matangnya juga boleh dipilih yang terdiri iaitu :

  1. 60 tahun
  2. 70 tahun
  3. 80 tahun

A) Pelan Takaful Puteri :

Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita

- Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar. Kanser berkaitan wanita


  1. Kanser payudara atau
  2. Kanser Uterus Serviks atau
  3. Kanser Tiub Falapio atau
  4. Kanser Ovari atau
  5. Kanser Uterus atau
  6. Kanser Vagina/Vulva

atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks. Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, bayaran baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

- Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

  1. Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau
  2. Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau
  3. Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau
  4. Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis


B) Pelan Takaful Puteri Plus :

Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita. Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)

- Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar. Komplikasi Kehamilan

  1. Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
  2. Kehamilan Ektopik atau
  3. Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
  4. Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
  5. Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)

- Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah. RM20,000 akan dibayar. Penyakit-penyakit Kongential Bayi

  1. Sindrom Down atau
  2. Kecacatan Vetrikel Septum atau
  3. Kecacatan Atrium Septum atau
  4. Spina Bifida atau
  5. Lelangit Rekah

Nota : Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

Nota : Kejadian yang boleh dituntut adalah di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu dan ianya mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat diinsurankan.

Newer Posts Older Posts Home