Saturday, December 27, 2008

Kegunaan Medical Card

Assalamualaikum...

Tentu ramai antara kita yang bertanya.. apabenda medical card ni?ok... medical card ini boleh dikatakan sebagai tools/alat untuk melindungi pendapatan atau saving anda dari digunakan untuk membayar kos rawatan di hospital swasta. tetapi ada satu lagi pertanyaan lazim... "kenapa hospital panel, hospital kerajaan tak boleh ke?"...hehehe..

sebenarnya..medical card boleh digunakan di hospital kerajaan.. tetapi ianya berkonsep.. bayar dahulu dan claim kemudian... kalo guna di hospital panel.. just show them and say .. " this is my card"..hehehe.. then tak perlu ambil nombor.. tunggu dalam setengah jam untuk pengesahan online..then terima rawatan 1st class...amacam?.. pilih mana yang anda mahu.. rawatan cepat dan terbaik atau rawatan tunggu que dan kena bayar dulu?..

Jadi anda tanya diri anda.. saving tiap2 bulan untuk apa?.. sudah semestinya kes emergency merupakan priority dalam perancangan kewangan kita.. apa itu emergency?

- untuk digunakan jika tiba-tiba anak anda sakit, perlu masuk hospital, itu emergency kan?

-untuk guna jika tiba-tiba anda demam denggi, kena masuk ward 5 hari?

- untuk guna jika tiba-tiba tayar kereta meletup, perlu tukar segera

- untuk bayar kos perubatan sekiranya menghidap penyakit yang tidak diduga

Jadi kenapa nak korbankan wang simpanan/asb untuk kes kes emergency sebegini sedangkan ada banyak lagi tujuan kita menyimpan.. nak beli rumah laa.. pendidikan untuk anak2 laa..nak beli kereta Honda Accord laa.. Tv 99" laa.. banyak lagi.. jangan korbankan impian anda..realisasikan impian masa depan anda dengan memiliki Medical Card yang bernilai RM150k sehingga RM450k... dan menerima rawatan terbaik di hospital panel PruBSN yang terbaik dari segi rawatan dan servis..

Katakan u simpan RM200 sebulan dalam saving utk semua purpose.. pendidikan,persaraan,emergency dan lain... once "lightning strike".. kesemua ini akan hilang..ntah ntah siap berhutang lagi...

Tapi sekiranya anda bijak memilih untuk menyertai Takafulink... everything yang u all dah plan takkan terganggu and you can enjoy your life without worrying about your medical treatment cost.. plus... u sudah ada... Saving (takaful saver) + your own saving + medical card + elaun sakit ++++++... pick you choice bro...

jumpa lagi..

Friday, December 26, 2008

Insurans Rumah (MRTA) Vs Takafulink

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

OK..kali ni nak summary pasal MRTA dan Takafulink.

Ok.. kenapa MRTA?.. ok.. bila seseorang membeli rumah, katakan dia buat pinjaman loan rumah sebanyak RM150 ribu... so.. dengan memiliki polisi MRTA ini... apabila peserta meninggal.. baki pinjaman perumahan akan di bayar oleh MRTA ni... dan ini tidak akan membebankan keluarga yang ditinggalkan dengan hutang bayaran rumah.. ok.. tu basic dia lah..

Apa kaitan dengan Takafulink? ok.. sebenarnya anda boleh menggantikan MRTA ini dengan Pelan Takafulink. Dengan Sum Covered yang sama (eg RM150k) .. anda mendapat lebih manfaat spt medical card,penyakit kritikal,elaun tunai harian, ECU, pulangan pelaburan dan macam2 lagi berbanding dengan memiliki hanya single MRTA.

Ok sebagai contoh .. En. Zainal (29 tahun)membeli rumah teres berharga RM200k dan beliau membuat pinjaman sebanyak RM180k.. katakan ajal dah sampai ketika umur dia 40 tahun.. so.. sekiranya dia memiliki MRTA, baki pinjaman perumahan beliau (lebh kurang dalam RM90k) akan dibayar oleh MRTA berkenaan.

Tetapi situasi berbeza sekiranya beliau menyertai pelan TAKAFULINK. Katakan dia memiliki polisi Takafulink yg mempunya sum covered RM180k... ok.. dan beliau meninggal pada umur 40 tahun, jadi... waris/keluarga beli boleh menggunakan wang pampasan RM180k + wang pelaburan (takaful saver) untuk melunaskan hutang rumah sekaligus. Seperti kes di atas.. mungkin baki pinjaman hanya RM90k.. jadi keluarga beliau sekurang2nya mendapat lebihan sebanyak RM100k+++ untuk tujuan pelbagai..persekolahan anak2..dan sebagainya.Tu je lah kot.. yang saya paham laa.. kalo nak lebih detail..boleh lawat blog kawan saya di:

MRTA vs TAKAFULINK


Wednesday, December 24, 2008

Tip memilih polisi terbaik untuk lelaki bujang dan berkeluarga (last)

Secara peribadi, bagaimana anda melihat kepentingan memiliki insurans?
Selama enam tahun saya berkecimpung dalam dunia insurans, terus terang saya katakan kecenderungan masyarakat khususnya Melayu dalam memiliki insurans masih rendah.

Boleh saya katakan 90 peratus daripada populasi Bumiputera di Malaysia masih belum dilindungi insurans. Sedangkan, insurans itu sendiri memberi kelebihan cukup besar kepada individu serta keluarganya pada waktu sekarang dan masa depan. Bukan saja memberi perlindungan dari segi perubatan dan nyawa, skop insurans jauh lebih besar sebagai suatu tabungan kepada individu itu sendiri pada waktu tua kelak.

Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan tidak mahu memiliki polisi insurans?
Ini berbalik pada didikan budaya masyarakat itu sendiri. Jika kita lihat masyarakat Melayu contohnya, budaya menabung itu sendiri bukanlah suatu tabiat sejak dulu lagi. Apatah lagi mengenai pemilikan insurans dalam isi rumah keluarga Melayu.

Keadaan bagaimanapun berbeza bagi masyarakat Cina. Mereka menjadikan budaya menabung serta tabiat memiliki polisi insurans sejak anak-anak masih kecil. Selain itu, timbul juga pandangan negatif memiliki insurans mengikut pandangan Islam sedangkan pakej seperti Skim Takaful Prudential yang berteraskan Islam ditawarkan sekarang.

Jadi apa punca sebenar orang ramai enggan memiliki insurans?
Punca utama adalah faktor kewangan. Apatah lagi kesan ekonomi dunia yang secara tidak langsung memberi pengaruh besar dalam perbelanjaan harian masyarakat. Ini lebih dirasai lelaki yang menjadi ketua keluarga lebih-lebih lagi jika isteri tidak bekerja dan membesarkan anak-anak di Kuala Lumpur. Diakui, sukar untuk lelaki menanggung kos kehidupan di kota serta pada masa sama memiliki insurans.

Apakah masih ada peluang golongan seumpama ini memiliki insurans?

Saya tidak kata, tidak. Ia berbalik kepada faktor kesedaran itu sendiri. Jika lelaki sebagai ketua keluarga menyedari kepentingan dirinya sebagai tunggak masa depan diri serta keluarga, insurans adalah jawapan terbaik dalam memastikan nasib keluarga terjamin. Bayangkan apabila diri tidak dilindungi, apa yang akan terjadi kepada nasib diri serta keluarganya pada masa depan?

Bagaimana menilai kemampuan seseorang untuk memiliki insurans?

Kebiasaannya, sebagai wakil insurans kita akan menilai jumlah pendapatan bulanan dimiliki individu dan aliran keluar masuk kewangannya. Sesuatu pakej insurans yang baik biasanya merangkumi 10 peratus nilai daripada jumlah keseluruhan pendapatan bulanan. Pakej ini tertakluk kepada skim perlindungan yang dikehendaki sama ada untuk simpanan, perubatan mahupun kedua-duanya sekali sebagaimana yang sering dilakukan pemilik insurans.

Bagaimana kita ingin mengetahui kelebihan sesuatu pakej insurans itu sendiri?

Penting untuk setiap daripada kita mengenali pakej insurans yang hendak ditawarkan. Selidiki latar belakang syarikat insurans serta kelebihan yang bakal dinikmati daripada pelaburan yang kita lakukan. Jangan sesekali terpedaya dengan tawaran serta pakej murah yang menawarkan insurans tanpa mengetahui butiran lanjut serta tuntutan yang boleh dilakukan di kemudian hari.

Seperti di Prudential sendiri ada banyak pakej yang ditawarkan seperti insurans perniagaan, unit amanah saham, skim takaful, perlindungan kesihatan, simpanan pendidikan, simpanan hari tua dan sebagainya.

Berbalik kepada persepsi, bagaimana untuk menangkis tanggapan negatif masyarakat mengenai pemilikan insurans?

Suatu ketika dulu, bila bercakap mengenai insurans orang akan melihat sebagai perlindungan kematian. Orang tidak berminat untuk bercerita mengenai kematian. Ini cerita 10 tahun dulu di mana pakej insurans banyak menjurus kepada pelan insurans nyawa yang memberi imbuhan kepada ahli keluarga jika pemilik insurans meninggal dunia.

Ketika ini, banyak pakej yang dinikmati pemilik insurans seperti bantuan perubahan, kecemasan, pakej simpanan hari tua dan sebagainya.

Apakah yang bakal dinikmati jika memiliki insurans?

Bukan saja faedah dirinya dilindungi, pemilik insuran lazimnya dibekal kad perubatan yang melayakkan dirinya menerima rawatan insentif di panel hospital swasta berdaftar. Hanya perlu menunjukkan kad perubatan insurans, pesakit layak mendapat rawatan pakar berbanding mereka yang tidak memiliki insurans.

Bukan itu saja, sepanjang ditahan di hospital, pemilik insurans juga dibayar. Bukankah itu menarik?

Bagaimana aliran pemilikan insurans sepanjang lima tahun kebelakangan ini?

Boleh saya katakan, dalam tempoh lima tahun ini semakin ramai di kalangan masyarakat khususnya Melayu dan mereka yang menetap di bandar memilih untuk memiliki insurans. Kesedaran ini semakin berkembang kerana memikirkan kesan jangka masa panjang untuk mendapatkan perlindungan terbaik untuk diri serta keluarga.

Kalau kita lihat hospital kerajaan hari ini juga menyediakan rawatan pakar di mana ia mengenakan kadar bayaran tinggi untuk pesakit yang memerlukan rawatan. Sebab itu harus kita fikirkan kembali pentingnya memiliki insurans.

Pada pandangan anda, bagaimana mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai kelebihan memiliki insurans?

Ia harus didik sejak kecil dan bermula dari peringkat sekolah. Menjadi tanggungjawab wakil insurans juga mendekati masyarakat untuk memastikan yang mereka faham dan sedar pentingnya memiliki insurans dalam persekitaran cukup mencabar hari ini.

Jika kita lihat berdasarkan sesetengah pelan perlindungan insurans itu sendiri, ada pelan khusus untuk individu termasuklah wanita. Bagaimana pula dengan pelan insurans lelaki?

Menyentuh mengenai pelan yang ditawarkan di Prudential, memang tidak dinafikan wanita mempunyai pelan khusus seperti Prulady dan yang terbaru Takaful Puteri. Lelaki mempunyai pelan secara keseluruhan mengikut kesesuaian dirinya. Buat masa ini, belum ada lagi pelan khusus untuk lelaki.

Dari sudut populasi jantina pula, siapa lebih banyak memiliki insurans, lelaki atau wanita? Apakah faktor yang menyumbang kepada perangkaan itu?
Mengikut sumber yang kita boleh percayai, tidak dinafikan lelaki lebih ramai memiliki insurans berbanding wanita. Mungkin disebabkan faktor kesedaran serta peranan lelaki sebagai ketua keluarga dan tanggungjawab mereka yang lebih besar menyebabkan mereka memilih untuk memiliki insurans.

Bagaimana seorang lelaki sebagai ketua keluarga berusaha melindungi keluarganya dengan insurans?

Dia masih boleh memiliki insurans menerusi pelan insurans berkelompok di mana setiap daripada ahli keluarganya dilindungi. Tetapi pelan ini tidak merangkumi perlindungan perubatan seperti insurans peribadi.

Tip memilih polisi terbaik untuk lelaki bujang dan berkeluarga (part 1)

JIKA dilihat senario masa kini, masih ramai antara kita belum memiliki polisi insurans. Tidak kiralah pakej berteras insuran nyawa, perubatan, pendidikan mahupun pelaburan, kepentingan memiliki insurans masih 'kabur' di mata masyarakat terutama kaum Melayu.

Situasi ini jelas menunjukkan amalan memiliki insurans masih baru berikutan tiada didikan serta kesedaran pentingnya dilindungi pakej insurans. Apatah lagi dalam persekitaran hidup era ini yang mencabar baik dari aspek ekonomi, keselamatan dan kesihatan.


Bagi sesetengah pihak, insurans dilihat sebagai beban. Ini kerana terpaksa memperuntukkan sebahagian daripada gaji untuk membayar premium, sedangkan pulangan dan manfaatnya entah bila dirasakan. Apabila berlaku sesuatu kejadian mahupun malapetaka, barulah kepentingan dan faedah polisi insurans dapat dimanfaatkan.

Faktor 'sayangkan duit' sering menjadi punca enggan memiliki polisi insurans. Bagi segelintir pihak, purata bayaran premium serendah RM80, RM150 atau RM300 sebulan dilihat sebagai beban. Ini membentuk mentaliti masyarakat yang sering mengelak setiap kali didatangi ejen insurans.

Lelaki yang menjadi harapan keluarga malah bertindak sebagai ketua adalah individu penting yang perlu dilindungi insurans. Bukan mahu memperjudikan nyawa serta meletakkan nasib malang di bahu lelaki semata-mata, ia sebenarnya berbalik kepada kesan jangka masa panjang serta perlindungan yang bakal dinikmati mereka sendiri.

Mengulas kepentingan memiliki polisi insurans serta kesannya kepada golongan lelaki, Perunding Insurans Prudential BSN Takaful, Adie Mudzaffar Mohamad Sani tidak menafikan masyarakat secara keseluruhan belum didedahkan faedah memiliki polisi insurans.

Adie Mudzaffar berkata, lelaki yang menjadi pendukung keluarga tidak melihat kepentingan diri mereka dilindungi. Ini secara tidak langsung meletakkan nasib serta masa depan keluarga dan serta insan tersayang di ambang risiko.

"Bayangkan jika seseorang lelaki itu tidak dilindungi insurans dan terbabit pula dengan kemalangan, adakah sekadar perubatan di hospital memadai untuk merawat kos perubatan sedangkan dia mampu mendapat rawatan selanjutnya di hospital swasta serta menerima insentif bantuan kewangan sepanjang tempoh rawatan," kata personaliti ini.

Bersama Tanya Pakar, Adie Mudzaffar, 29, yang berkhidmat selama enam tahun dengan agensi Prudential, Al Isra' Associates Sdn Bhd berkongsi pengalaman serta mengulas persepsi umum terhadap insurans dan perlindungan.

Bersambung...

Soal Jawab Kenapa Perlu Ada Insurans (Part 1)

Ok.. Assalamualaikum semua. Post Kali ini mungkin akan berlangsung sehingga dua part. Tapi bagi saya apa yang terkandung dalam post ini amat berguna dan dengan sendirinya menjawab persoalan mengapa kita patut mempunyai at least satu polisi insurans. dan medical card. Dan terima kasih kepada otai2 agen insurans/takaful tak kira dari company insurans kerana segala soal jawab ini ialah datangnya dari mereka yang saya kumpul dalam satu ebook. OK... check it out bebeh..

Soalan 1 ; Aku nak tunggu dulu??
-> takpe...lelama mesti dia amik punya..tp nak tunggu sampai bila?? jgn sampai tua sbb premium dah tinggi, jgn sampai sakit, sbb dah tak ada co. insuran nak tanggung...amik la sementara masa muda, kuat bekerja.. :-D dan tahukah anda?.. bayaran sumbangan murah ketika masih muda dan sihat tidak akan meningkat sehingga kita berumur 80 tahun.

Soalan 2 ; Apa untungnya saya ambik insurans/takaful ni?
-> banyak untungnya salah satu anda secure future memang la future tak leh tau tapi kita bleh rancang dari sekarang... cuma anda kira berapa ruginya anda takder insuran andai kata masuk spital bil puluh puluh ribu .... cuba pk uncertainty of life .....????????

Soalan 3 ; Saya dah ada simpanan untuk anak2..
-> Bagus alhamdulillah ... bertuah anak2 anda ... tapi cuba anda pk sesorang bapa di serang stroke agak agak siapa nak simpan untuk anak2 dia yerk (bini ke...mungkin ...abis ubatan suami nak pakai duit mana yerk?)... lagi haru duit yg di simpan untuk anak2 itu di guna pakai ....uyoooooooooo makin ramai anak2 berhenti sekolah ... yg pandai tak dapat belajar ... isk isk isk ... itu datangnya keuntungan insuran/takaful yang akan menjamin simpanan anda disamping membiayai kos perubatan anda sekeluarga.

Soalan 4 ; Sori, saya tak minat insurans ni..
-> tang mana tak minat tu encik.... insuran/takaful bukan la sesuatu yg harus d minati atau sesuatu yg ada ada la tak der takderla ianya merupakan satu keperluan sekarang.... zaman dahulu kala mungkin kot tapi bukan zaman canggih ni ,.... kita harus berkembang dgn zaman ... tapi en, ada insuran kete tak? kalau ada kenapa yerk? rasa penting tak insuran kete tu bila kena langgar ke apa ker?

Soalan 5 ; Company saya dah cover medical..bla bla bla..
-> Sampai bila tu encik?sampai pencen?just an info ya ... andai kata semalan seorang perkeja tu kena kanser ... well dah tentu tak dapat perform keje ngan bagus kan sbb kena p rawatan la .. kena rehat laaa ..kena ambik MC la...so kerje tak perform .. kalau cik jadi boss cik buat apa dgn perkerja tu ? budak sekolah pun tahu jawapan ni.. kalo dah kena berenti, ingat2 senang tak carik keje?.. at least kalo ada insurans, dengan pampasan dan elaun2 apa semua.. encik boleh mulakan hidup baru dengan perniagaan.Amacam?

eh..saya ingat banyak tadi..mmm.. takpa lain hari saya tambah ek..kekeke... apa2pun.. jadikan medical card sebagai IC kedua anda yang sentiasa anda kemana sahaja di dalam dompet kecil anda. And you know something, if i know you have a medical card in your wallet, i will declare you as the richest person who walk around with hundred thousand in your pocket.. betul ni..





Newer Posts Older Posts Home