Kenapa Perlu Ada Takaful?
Demi Masa...
Sesungguhnya manusia didlm kerugian; melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh. Gunakan kesempatan yang masih diberi. Semoga kita tidak akan menyesal.
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
- Sihat sebelum Sakit
- Muda sebelum Tua
- Kaya sebelum Miskin
- Lapang sebelum Sempit
- Hidup sebelum Mati
Tanya lah pada diri anda sendiri...
- Apakah yang anda sediakan untuk anak-anak dan keluarga, ketika anda "tiada"?
- Mahukah bil-bil rawatan dan pembedahan anda di Hospital Swasta ditanggung?
- Adakah anda terpaksa bekerja apabila sudah bersara, bagaimana dengan hari tua?
Kenapa anda perlu insurans hayat bersama kad perubatan?
- Memastikan agar keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai, hutang dan keperluan-keperluan lain.
- Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.
- Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
- Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan.
- Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan berikutan penyakit yang serius, lumpuh sepenuhnya atau kemalangan.
- Kemudahan Kad Perubatan untuk membayar bil hospital anda dari RM 150k – 450k
Post a Comment