Friday, December 26, 2008

Insurans Rumah (MRTA) Vs Takafulink

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

OK..kali ni nak summary pasal MRTA dan Takafulink.

Ok.. kenapa MRTA?.. ok.. bila seseorang membeli rumah, katakan dia buat pinjaman loan rumah sebanyak RM150 ribu... so.. dengan memiliki polisi MRTA ini... apabila peserta meninggal.. baki pinjaman perumahan akan di bayar oleh MRTA ni... dan ini tidak akan membebankan keluarga yang ditinggalkan dengan hutang bayaran rumah.. ok.. tu basic dia lah..

Apa kaitan dengan Takafulink? ok.. sebenarnya anda boleh menggantikan MRTA ini dengan Pelan Takafulink. Dengan Sum Covered yang sama (eg RM150k) .. anda mendapat lebih manfaat spt medical card,penyakit kritikal,elaun tunai harian, ECU, pulangan pelaburan dan macam2 lagi berbanding dengan memiliki hanya single MRTA.

Ok sebagai contoh .. En. Zainal (29 tahun)membeli rumah teres berharga RM200k dan beliau membuat pinjaman sebanyak RM180k.. katakan ajal dah sampai ketika umur dia 40 tahun.. so.. sekiranya dia memiliki MRTA, baki pinjaman perumahan beliau (lebh kurang dalam RM90k) akan dibayar oleh MRTA berkenaan.

Tetapi situasi berbeza sekiranya beliau menyertai pelan TAKAFULINK. Katakan dia memiliki polisi Takafulink yg mempunya sum covered RM180k... ok.. dan beliau meninggal pada umur 40 tahun, jadi... waris/keluarga beli boleh menggunakan wang pampasan RM180k + wang pelaburan (takaful saver) untuk melunaskan hutang rumah sekaligus. Seperti kes di atas.. mungkin baki pinjaman hanya RM90k.. jadi keluarga beliau sekurang2nya mendapat lebihan sebanyak RM100k+++ untuk tujuan pelbagai..persekolahan anak2..dan sebagainya.Tu je lah kot.. yang saya paham laa.. kalo nak lebih detail..boleh lawat blog kawan saya di:

MRTA vs TAKAFULINK


1 comments:

Nice info, memang tengah cari polisi sesuai untuk rumah yg baru dibeli

Post a Comment

Newer Post Older Post Home