Tip memilih polisi terbaik untuk lelaki bujang dan berkeluarga (part 1)
JIKA dilihat senario masa kini, masih ramai antara kita belum memiliki polisi insurans. Tidak kiralah pakej berteras insuran nyawa, perubatan, pendidikan mahupun pelaburan, kepentingan memiliki insurans masih 'kabur' di mata masyarakat terutama kaum Melayu.
Situasi ini jelas menunjukkan amalan memiliki insurans masih baru berikutan tiada didikan serta kesedaran pentingnya dilindungi pakej insurans. Apatah lagi dalam persekitaran hidup era ini yang mencabar baik dari aspek ekonomi, keselamatan dan kesihatan.
Bagi sesetengah pihak, insurans dilihat sebagai beban. Ini kerana terpaksa memperuntukkan sebahagian daripada gaji untuk membayar premium, sedangkan pulangan dan manfaatnya entah bila dirasakan. Apabila berlaku sesuatu kejadian mahupun malapetaka, barulah kepentingan dan faedah polisi insurans dapat dimanfaatkan.
Faktor 'sayangkan duit' sering menjadi punca enggan memiliki polisi insurans. Bagi segelintir pihak, purata bayaran premium serendah RM80, RM150 atau RM300 sebulan dilihat sebagai beban. Ini membentuk mentaliti masyarakat yang sering mengelak setiap kali didatangi ejen insurans.
Lelaki yang menjadi harapan keluarga malah bertindak sebagai ketua adalah individu penting yang perlu dilindungi insurans. Bukan mahu memperjudikan nyawa serta meletakkan nasib malang di bahu lelaki semata-mata, ia sebenarnya berbalik kepada kesan jangka masa panjang serta perlindungan yang bakal dinikmati mereka sendiri.
Mengulas kepentingan memiliki polisi insurans serta kesannya kepada golongan lelaki, Perunding Insurans Prudential BSN Takaful, Adie Mudzaffar Mohamad Sani tidak menafikan masyarakat secara keseluruhan belum didedahkan faedah memiliki polisi insurans.
Adie Mudzaffar berkata, lelaki yang menjadi pendukung keluarga tidak melihat kepentingan diri mereka dilindungi. Ini secara tidak langsung meletakkan nasib serta masa depan keluarga dan serta insan tersayang di ambang risiko.
"Bayangkan jika seseorang lelaki itu tidak dilindungi insurans dan terbabit pula dengan kemalangan, adakah sekadar perubatan di hospital memadai untuk merawat kos perubatan sedangkan dia mampu mendapat rawatan selanjutnya di hospital swasta serta menerima insentif bantuan kewangan sepanjang tempoh rawatan," kata personaliti ini.
Bersama Tanya Pakar, Adie Mudzaffar, 29, yang berkhidmat selama enam tahun dengan agensi Prudential, Al Isra' Associates Sdn Bhd berkongsi pengalaman serta mengulas persepsi umum terhadap insurans dan perlindungan.
Bersambung...

Post a Comment